News

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

INASIS MISC ONLINE – Baru-baru ini, Inapan Siswa (INASIS) MISC telah mengadakan majlis bacaan yassin dan tahlil bersempena Hari Pengasasan Universiti Utara Malaysia (UUM) kali ke 33 tahun.

Majlis tersebut bemula seawal jam 7.00 malam bertempat di Dewan Terbuka INASIS MISC dan mendapat penyertaan hampir 100 orang mahasiswa.

Solat Maghrib dan bacaan yassin diketuai oleh Muhammad Faisal Suki, 20 manakala solat Isya’ dan bacaan tahlil pula diimamkan oleh Muhammad Zuhdi Johari, 20 dan Muhammad Shahir Che Omar, 20.

Setelah selesai bacaan yasin dan tahlil, turut diadakan perjumpaan ringkas antara pengetua INASIS MISC, Azhar Anis Mohammad bersama pelajar semester satu. Mereka diberi peluang untuk bertanya terus kepada pengetua permasalahan dan kemusykilan yang mereka ada tentang akademik mahupun kebajikan pelajar.

Pengetua INASIS MISC, Azhar Anis Mohammad mengatakan bahawa penghuni INASIS MISC sangat beruntung kerana hampir dengan Pusat Sukan dan kemudahan lain yang ada di UUM seperti tasik rekreasi.

“Disamping kecemerlangan akademik, aktif dalam program anjuran INASIS mahupun Universiti juga penting kerana penglibatan dalam program sebegitu akan membantu menjana kemahiran soft skills pelajar,” ujarnya lagi.

Pengarah program, Anisa Hasanah Ahmad mengucapkan jutaan terima kasih kepada peserta dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Turut hadir penolong pengetua, Ruzaidi Saad dan Faridah Awang.

Habis.

 

 

 

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

INASIS MISC ONLINE : Pada 6 Februari 2017, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima kemasukan 525 pelajar baru semester kedua bagi sesi 2016/2017.

Kemasukan kali ini hanya melibatkan Inapan Siswa (INASIS) laluan B sahaja. Pada mulanya pelajar-pelajar ditempatkan di INASIS EON sebelum berpindah masuk ke INASIS masing- masing pada 8 Februari 2017.

INASIS MISC  menerima seramai 65 orang pelajar yang terdiri daripada 16 orang pelajar lelaki dan 49 orang pelajar perempuan.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM, Prof Madya Dr Abdul Malek Abdul Karim, berkata UUM telah menerima akreditasi berprestij daripada The Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB). Pengiktirafan ini telah meletakkan UUM setaraf dengan universiti antarabangsa.

“UUM adalah universiti pengurusan terkemuka di Malaysia,” ujarnya lagi.

Sepanjang tiga hari, pelajar diberi pendedahan tentang akademik, kokurikulum dan kemudahan asas yang boleh diakses oleh mahasiswa UUM. Disamping itu, turut disediakan slot khas bagi pelajar untuk bertanya terus apa sahaja kemusykilan mereka kepada Pengarah Hal Ehwal Pelajar (HEP), Dr. Mohd Dino Khairri dan Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UUM, Muhamad Aiman Nahzeri.

Turut hadir pengetua-pengetua INASIS laluan B.

Habis.

 

 

 

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

INASIS MISC ONLINE : Jawatankuasa Kepimpinan Dan Pembangunan Siswa (JKPS)  Inapan Siswa (INASIS) MISC telah melaksanakan Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) selama 3 hari 2 malam di Pantai Chenang, Langkawi bermula pada 2 Februari 2017 sehingga 4 Februari 2017.

Program yang melibatkan semua Resident Assistant (RA), Ketua Blok (KB) dan JKPS diadakan bagi meningkatkan keyakinan dan mengeratkan ukhwah antara barisan kepimpinan pelajar INASIS MISC yang baru dilantik disamping memberi pendedahan akan peranan yang perlu dimainkan oleh mereka.

Sepanjang program berlangsung, para peserta diberikan beberapa tugasan dan perlu melaksanakannya secara berkumpulan. Mereka juga turut dibawa melawat kawasan-kawasan menarik di sekitar Pulau Langkawi.

“RA, KB dan JKPS adalah penghubung antara pihak pengurusan dan mahasiswa. Peranan ini perlu dijalankan dengan sebaik mungkin oleh semua.” Ujar Ruzaidi Saad, Penolong Pengetua INASIS MISC.

Pengarah program, Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua para peserta yang terlibat dan berharap agar mereka dapat memanfaatkan peluang  berada di Pantai Chenang sebagai motivasi untuk mereka.

“Sebagai pemimpin, kita perlu bersikap profesional serta mampu bertindak mengikut keadaan dan perubahan.” ujarnya lagi.

Turut hadir Pengetua INASIS MISC, Azhar Anis Mohammad dan Penolong Pengetua INASIS MISC, Faridah Awang.

Habis.

 

 

 

 

 

Search

Student Residential Hall

MISC Student Residential Hall
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
Tel: 04-928 4522/4523/4524
Fax : 04-928 4525
Emel: dppmisc[@]uum[dot]edu[dot]my

Office Hours

Sunday to Wednesday :
8.00am - 5.00pm
 
Thursday :
8.00am - 3.30pm
 
Closed :
Friday - Saturday 

Visitor Counters

Today23
Yesterday24
This week170
This month602
Total2735