News

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

INASIS MISC ONLINE – Pada 26 April 2017, Exco Informasi dan Penerbitan Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) Inapan Siswa (INASIS) MISC telah mengadakan program sembang santai ‘One Hour With A Leader’ di Dewan Terbuka MISC.

 Program dimulakan dengan bacaan doa oleh Muhammad Shahir, 20 tahun dan diikuti dengan ucapan dari Pengetua INASIS MISC, Azhar Anis Mohammad dan seterusnya ucapan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan UUM, DSP (KS) Mohd. Zulkifli Mohd Noor. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu dititikberatkan oleh mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) disamping merapatkan hubungan silaturrahim antara penghuni INASIS MISC. Setelah itu, mahasiswa diberi peluang untuk bertanyakan soalan dalam sesi soal jawab antara mahasiswa dengan Pengarah Jabatan Keselamatan.

Turut hadir penolong pengetua Inasis MISC, Norlia Othman.

 

 

 

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

INASIS MISC ONLINE: Pada 28 Mac 2017 yang lalu, Exco Keselamatan dan Kesihatan Inapan Siswa (INASIS) MISC telah menganjurkan program “Green Campus”. Program yang diadakan di Dewan Terbuka INASIS MISC ini disertai oleh 56 orang pelajar.

Program ini dijalankan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara mahasiswa dan mahasiswi yang menginap di INASIS MISC di samping menerapkan nilai murni yang lain seperti menjaga kebersihan, bekerjasama dan bertoleransi antara satu sama lain.   

Program dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang diketuai oleh mahasiswi INASIS MISC bagi memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti gotong-royong. Program diteruskan dengan larian mengelilingi campus bermula dari INASIS MISC mengeliling INASIS TM Setelah itu, sesi menanam pokok bunga yang dirasmikan oleh Pengetuan INASIS MISC, Azhar Anis Mohammad bersama dengan pengarah progam, Beh Zeng Kang. Program diakhiri dengan sesi fotografi bersama semua peserta.

“Saya mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada JKPS dan pelajar INASIS MISC kerana dapat meluangkan masa menyertai program ini.  Saya juga mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa pelaksana program dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.  Saya berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang”, ujar pengarah projek, Beh Zeng Kang.

Turut hadir Penolong-Penolong Pengetua INASIS MISC, Ruzaidi Saad dan Norlia Othman.

 

 

 

 

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

INASIS MISC ONLINE: 19 Mac 2017, Exco Latihan dan Akademik Inapan Siswa (INASIS) MISC telah mengadakan sebuah program selama tiga hari dua malam yang melibatkan pelajar sekolah menengah.

Antara sekolah-sekolah yang terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma, SMK Syed Ahmad dan SMK Syed Sirajuddin.

Program ini bertujuan membantu pelajar untuk berfikir secara kritis dan membantu pelajar mengawal emosi mereka dengan baik bagi menghadapi peperiksaan yang akan datang. Selain itu, mereka juga didedahkan  dengan  suasana menjadi seorang pelajar universiti

Program yang berlangsung pada 17 Mac 2017 hingga 19 Mac 2017 ini  dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk menguji ketahanan fizikal dan  mental  peserta.

Impak daripada program yang dilangsungkan ini telah mendapat maklum balas yang positif daripada peserta dan juga guru-guru pengiring setiap sekolah.

Menurut Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Derma, Nurazlina Hassan, program ini dilihat dapat membantu peserta merancang masa depan dengan lebih baik dan memupuk sikap kepimpinan serta tanggungjawab dalam diri peserta.

Turut hadir felo INASIS MISC, Ruzaidi Saad dan Faridah Awang.

 

 

 

 

 

Search

Student Residential Hall

MISC Student Residential Hall
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
Tel: 04-928 4522/4523/4524
Fax : 04-928 4525
Emel: dppmisc[@]uum[dot]edu[dot]my

Office Hours

Sunday to Wednesday :
8.00am - 5.00pm
 
Thursday :
8.00am - 3.30pm
 
Closed :
Friday - Saturday 

Visitor Counters

Today23
Yesterday24
This week170
This month602
Total2735