News

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

CAMERON HIGHLAND: Pada 13 hingga 15 Februari 2016 lalu telah berlangsungnya Program Student Leadership Camp anjuran Dewan Penginapan Pelajar MISC untuk Jawatankuasa Kepimpinan Dan Pembangunan Siswa (JKPS)  bertempat di Cameron Highland, Pahang.

Program bertujuan untuk meningkatkan keyakinan, jati diri dan lebih bersemangat bahkan untuk mengeratkan ukhwah antara ahli pimpinan JKPS yang baru dilantik bagi sesi Februari 2016.  Seramai 24 orang ahli JKPS menyertai Student Leadership Camp ini. Di samping itu, program ini dilaksanakan bagi mengenali dan mengetahui peranan yang perlu dilaksanakan oleh setiap JKPS. Program ini dilaksanakan sebagai persediaan sahsiah dan motivasi untuk menghadapi cabaran dan rintangan sepanjang lantikan. Sepanjang program berlangsung, para peserta perlu menyertai aktiviti latihan dalam kumpulan, dan lawatan sekitar Cameron Highland.

Pengarah program, Saudara Wan Mohd Ameerul Nazhif bin Wan Zulfikri mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua para peserta yang terlibat dan berharap agar mereka dapat memanfaatkan peluang  berada di Cameron Highland sebagai motivasi untuk mereka memantapkan ukhwah pada masa akan datang.  Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.  Beliau juga berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

 

 

 

 

 

Page 11 of 11

Search

Student Residential Hall

MISC Student Residential Hall
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
Tel: 04-928 4522/4523/4524
Fax : 04-928 4525
Emel: dppmisc[@]uum[dot]edu[dot]my

Office Hours

Sunday to Wednesday :
8.00am - 5.00pm
 
Thursday :
8.00am - 3.30pm
 
Closed :
Friday - Saturday 

Visitor Counters

Today23
Yesterday24
This week170
This month602
Total2735