News

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

INAPAN MISC ONLINE – Pada 19 Mei 2017, EXCO Kerohanian Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Mahasiswa (JKPS) Inapan Siswa (INASIS) MISC telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin, Solat Hajat dan Sambutan Bulan Ramadhan (Rewang Misc) bertempat di Dewan Terbuka Inasis MISC pada jam 7.30 malam hingga 9.30 malam.

Program dimulakan dengan solat Maghrib yang diimamkan oleh Muhammad Faisal, 20 tahun dan dikuti dengan bacaan Yassin dan Tahlil. Selain itu, turut diadakan solat Hajat yang diimamkan oleh Muhammad Shahir, 20 tahun. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan tazkirah oleh Muhammad Harits, 20 tahun dan dikuti dengan solat Isyak yang diimamkan oleh Muhd Zuhdi, 20 tahun.

Matlamat utama program ini diadakan adalah bagi mengeratkan hubungan silaturahim diantara mahasiswa di samping memberi sedikit kesedaran rohani tentang kelebihan bulan Ramadhan kepada semua penghuni Inasis MISC. Majlis ini diakhiri dengan jamuan makan.. Juadah disediakan oleh penghuni INASIS MISC secara gotong-royong.

Turut hadir pengetua Inasis MISC, Azhar Anis Mohammad.

 


 

 

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

MISC ANNUAL GRAND DINNER 2017 BERLANGSUNG MERIAH

Oleh: Nur Mohammad Ehsan Md Rashid

Gambar Oleh: Muhammad Fakhruddin Abu Zarim

INASIS MISC ONLINE – Pada 06 Mei 2017, Inapan Siswa (INASIS) MISC telah mengadakan majlis makan malam ‘MISC Annual Grand Dinner 2017’ bertempat di Panggung Teater dan Eksperimen, Universiti Utara Malaysia (UUM) dari jam 8.00 hingga 11.00 malam.

Majlis ini dianjurkan untuk meraikan pelajar tahun akhir yang menginap di Inasis MISC.  Jamuan yang bertemakan ‘Back To 70’s’ itu telah dirasmikan oleh Pengetua INASIS MISC, Encik Azhar Anis dan majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengarah program,  Catherine Estherina Anak Ukan.

Majlis ini diserikan lagi dengan persembahan Band Utara Kesenian dan Kebudayaan yang mendendangkan lagu-lagu malar segar.  Turut membuat persembahan pada malam itu adalah juara UUM Buskers Battle 2017, Kumpulan Cheezy Wedges Cheese Lebih dan gimik pelancaran dipersembahkan oleh Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) MISC.

Para peserta Annual Grand Dinner ini dikehendaki mengenakan pakaian bertemakan 70’an.  Muhammad Syaiful Adzlan Bin Samsudin dan Nur Aida Binti Anas masing-masing terpilih sebagai King dan Queen pada malam tersebut melalui peraduan “Insta Contest”.

Selain itu, turut diadakan anugerah ikon bagi meraikan penghuni-penghuni MISC yang menunjukan prestasi membanggakan sepanjang tempoh penggajian di UUM. Antara pemenang anugerah ialah Zairy Hafizul B. Zainal Ariffin dan Liew Poi See bagi Ikon Akademik, manakala Fahmi B. Ibrahim dan Nurul Hanis Bt. Hashim bagi Ikon Sukan, Pemenang bagi Ikon Kebudayaan masing-masing dirangkul oleh Muhammad Saifullah B. Masri dan Fatin Eliyana Bt. Baharuddin. Alvin Lim Chun Hong dan Tengku Aniza Raihan Bt. Tengku Azhar bagi Ikon Harapan serta Wan Mohd Ameerul Nazhif Wan Zulfikri dan Nur Aqilah Bt. Shaari terpilih bagi Ikon Terbaik.

Jamuan turut diselangi dengan cabutan bertuah yang membawa hadiah utama penginapan 2 hari 1 malam di Amzar Motel Langkawi, serta hadiah-hadiah lain sumbangan Bustani Hotel Jitra, Fong Radio, Billion Sdn. Bhd. Usaha Istiqamah dan Shockelat. -TAMAT-

 

      

 

 

 

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

INASIS MISC ONLINE: Pada 26 April 2017 yang lalu, Exco Keselamatan dan Kesihatan Inapan siswa Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) Inapan Siswa (INASIS) MISC telah menganjurkan program “Fire Drill 2017”di Dewan terbuka Inasis MISC.

Program ini dijalankan bagi mengeratkan silaturahim diantara mahasiswa dan mahasiswi di samping memberi kesedaran kepada semua penghuni Inasis MISC tentang keselamatan dan langkah-langkah awal yang perlu dilakukan jika berada dalam situasi kebakaran secara teori.

Program dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Mohd Shahir, 20 sebagai pembuka majlis. Kemudian, Pengetua INASIS MISC, Azhar Anis Mohammad untuk memberikan ucapan pembukaan. Majlis diteruskan dengan penerangan dari Pegawai dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Bukit Kayu Hitam iaitu En. Jamal Bin Din tentang cara-cara penggunaan alat pemadam api yang betul serta memberikan panduan atau langkah awal yang perlu dilakukan jika berada di situasi kebakaran. Seterusnya, program diteruskan dengan sesi soal jawab antara mahasiswa dan para jemputan.

Turut hadir penolong pengetua Inasis MISC, Norlia Othman.

 

 

 

Search

Student Residential Hall

MISC Student Residential Hall
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
Tel: 04-928 4522/4523/4524
Fax : 04-928 4525
Emel: dppmisc[@]uum[dot]edu[dot]my

Office Hours

Sunday to Wednesday :
8.00am - 5.00pm
 
Thursday :
8.00am - 3.30pm
 
Closed :
Friday - Saturday 

Visitor Counters

Today23
Yesterday24
This week170
This month602
Total2735