News

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

DPP MISC: Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS), Dewan Penginapan Pelajar MISC (DPP MISC) telah Berjaya menganjurkan Program Mobiliti Universiti Utara Malaysia (UUM) – Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 10 hingga 13 April 2016 bertempat di Kampus UMS, Kota Kinabalu Sabah.

Program yang mendapat kerjasama Kolej Kediaman Tun Mustapha, UMS bermatlamatkan membina jaringan kerjasama yang lebih erat di antara peserta dari UUM dan UMS melalui aktiviti pertukaran maklumat dan pengetahuan, perkongsian amalan pengurusan terbaik, serta amalan penambahbaikan berterusan di antara kedua-dua kolej kediaman atau dewan penginapan pelajar. 

Delegasi UUM telah disambut oleh Yang Dipertua Kolej Kediaman Tun Mustapha, Saudara Harun serta wakil-wakil Kolej Kediaman. Delegasi diberi penerangan dan pengenalan tentang UMS, perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelajar, program dan aktiviti yang dirancang serta pengurusan Kolej Kediaman secara keseluruhannya. Selain itu, delegasi UUM juga turut berkongsi maklumat tentang hal ehwal serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh DPP MISC khususnya kepada penghuni serta pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan di peringkat DPP untuk membina sahsiah dan kemahiran diri pelajar. Delegasi UUM turut mempelawa peserta dari UMS untuk datang berkunjung ke UUM bagi program mobiliti yang sama selain menikmati kehijauan UUM khususnya dan Negeri Kedah amnya bersempena Program Discover UUM 2016 dan Discover Kedah 2016.

Selain berkongsi pengetahuan, para peserta juga berbincang tentang kerjasama untuk melaksanakan program-program berimpak tinggi pada masa hadapan agar kerjasama sedia ada dikembangkan untuk kebaikan dan manfaat bersama. Para peserta turut berkongsi pengalaman masing-masing di dalam penganjuran program dan aktiviti yang dirancang serta idea untuk menambahbaik hal ehwal pengurusan dan perkhidmatan yang disediakan di peringkat dewan penginapan pelajar. Delegasi UUM turut di bawa melawat Kampus UMS selain beberapa tempat yang menjadi tumpuan pelancong di sekitar Kota Kinabalu dan Kundasang.

Program Mobiliti yang dihadiri seramai 20 orang peserta daripada DPP MISC ini turut disertai oleh Pengetua, En. Azhar Anis Mohammad dan Penolong Pengetua, En. Abdul Shakur Abdullah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

SINTOK: Pada 2 April 2016 yang lalu telah berlangsungnya Program Kem Cuti Sekolah yang dibuat oleh Exco Kerohanian dan Sahsiah anjuran Dewan Penginapan Pelajar MISC untuk anak-anak staf Universiti Utara Malaysia yang bertempat di Dewan Terbuka DPP Misc, Universiti Utara Malaysia dengan kehadiran 28 orang peserta.

Program Kem Cuti Sekolah bertujuan untuk memenuhi masa cuti sekolah bagi anak-anak staf UUM dengan pengisian yang berfaedah. Program ini bermatlamat untuk melahirkan insan yang bertanggungjawab, berdisiplin, berilmu, beramal dan bertaqwa serta matang. Selain itu, program ini juga untuk memberi pendedahan kepada anak-anak agar mudah bergaul dengan masyarakat luar. Di samping itu, untuk membimbing pelajar-pelajar supaya menjadi insan yang berguna. Program ini juga dapat menambah lagi kenalan mereka. Justeru, program ini diajar oleh pelajar-pelajar DPP MISC sendiri dengan pengisian yang penuh padat dengan keagamaan.

Pengarah program saudari Nurul Hudah Bt Syafrudin mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada setiap peserta yang menyertai program ini. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Beliau berharap setiap peserta mendapat segala ilmu yang dipelajari pada program tersebut. Selain itu, beliau juga berharap agar program ini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

SINTOK: Pada 22 Mac 2016 lalu telah berlangsungnya Program Santai Teh Tarik dan Taklimat The Association To Advance Collegiate Schools Of Business (AACSB) anjuran Dewan Penginapan Pelajar MISC untuk setiap pelajar, kakitangan, JKPS, RA dan juga ketua setiap blok di DPP MISC iaitu A, B, C, D, E, dan F bertempat di Dewan Terbuka DPP Misc, Universiti Utara Malaysia dengan kehadiran 200 orang pelajar.

Program Santai Teh Tarik bertujuan untuk merapatkan hubungan antara setiap pelajar dan pengurusan DPP MISC bahkan untuk memupuk intipati sukarelawan di kalangan pelajar dan JKPS. Selain itu, program Santai Teh Tarik ini dilaksanakan bagi memperkenalkan seramai 30 orang ahli JKPS, RA dan ketua blok kepada para pelajar DPP MISC bagi sesi 2016. Di samping itu, program ini juga bagi mengenali dan mengetahui peranan dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh setiap JKPS, RA dan ketua blok. Program Santai Teh Tarik turut menerima kunjungan dari Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Dr. Mohd Dino Khairri Bin Shariffuddin. Sepanjang program berlangsung, beliau juga memberi ucapan kepada para pelajar mengenai kebajikan serta permasalahan pelajar. Justeru, Pengetua DPP MISC, Encik Azhar Anis Mohammad turut memberi ucapan antaranya permasalahan berkaitan dengan penginapan, perkhidmatan dan program-program anjuran DPP MISC.

 Manakala program ditambah dengan taklimat mengenai Association To Advance Collegiate Schools Of Business (AACSB) dari Prof. Dr. Rushami Zien B. Yusoff. Taklimat diberikan untuk mendedahkan para pelajar berkenaan Association To Advance Collegiate Schools Of Business (AACSB) dengan lebih mendalam.

Pengarah program, Saudara Wan Mohd Ameerul Nazhif bin Wan Zulfikri mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada setiap pelajar, kakitangan, JKPS, RA dan juga ketua setiap blok di DPP MISC kerana dapat meluangkan masa menyertai program Santai Teh Tarik dan Taklimat The Association To Advance Collegiate Schools Of Business (AACSB) sebagai motivasi untuk mereka memantapkan ukhwah pada masa akan datang.  Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.  Beliau juga berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

 

 

 

Page 10 of 11

Search

Student Residential Hall

MISC Student Residential Hall
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
Tel: 04-928 4522/4523/4524
Fax : 04-928 4525
Emel: dppmisc[@]uum[dot]edu[dot]my

Office Hours

Sunday to Wednesday :
8.00am - 5.00pm
 
Thursday :
8.00am - 3.30pm
 
Closed :
Friday - Saturday 

Visitor Counters

Today23
Yesterday24
This week170
This month602
Total2735