News

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

DPP MISC ONLINE: 6 Mei 2016, Exco Sukan Dewan Penginapan Pelajar (DPP)  MISC telah menganjurkan kejohanan badminton di Pusat Sukan UUM. Program ini dilaksanakan secara beregu berkumpulan iaitu beregu lelaki dan beregu perempuan. Kejohanan ini disertai oleh 46 orang peserta dalam kalangan pelajar dan staf UUM yang melibatkan 23 kumpulan beregu.

Program ini memberi peluang kepada para peserta untuk menunjukkan serta mengembangkan lagi bakat mereka dalam sukan badminton. Di samping itu, program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.

Pengarah projek, Mohd Syakir Bin Abd Hamid berharap kejohanan badminton ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Turut dijemput ialah felo DPP MISC, Puan Norlia Binti Othman sebagai tetamu VIP sekaligus melaksanakan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang.

 

 

 

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

DPP MISC ONLINE :1 Mei 2016, Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) Dewan Penginapan Pelajar (DPP)  MISC menganjurkan bengkel fotografi yang bertajuk Capturing Soul  di Dewan DPP TM yang disertai 34  mahasiswa UUM.

Bengkel tersebut dikendalikan oleh jurufoto profesional dari syarikat MANGOTOUCH, Mohd  Hafizurrahman Mohd Sharif atau dikenali Arjuna Angkasa dalam dunia fotografi.

Menurut beliau, fotografi mampu memberi sumber rezeki kepada individu yang sanggup berusaha untuk mencapainya.

“Fotografi bukan sekadar menangkap gambar sahaja tetapi mementingkan apa yang ingin disampaikan daripada gambar tersebut,” ujarnya lagi.

Teori fotografi diterangkan oleh Penyelaras Media HEP, Samsudin Oli Mohamad yang banyak menunjuk cara mendapatkan gambar yang mempunyai nilai estetik.

Pengarah projek, Nurazulia Rosman berharap program ini dapat memberi nilai tambah dan idea baru kepada peserta.

Turut hadir penolong- penolong pengetua DPP MISC, Ruzaidi Saad dan Abdul Shakur Abdullah.

 

 

 

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

DPP MISC ONLINE : 29 April 2016, Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) Dewan Penginapan Pelajar MISC di bawah Biro Hal Ehwal Siswi telah menganjurkan bengkel solekan bagi membina keyakinan diri.

Bengkel yang bertajuk Build Your Confident by Creating Your Personality  ini telah diadakan di Dewan DPP BSN  telah disertai oleh 20 orang siswi UUM.

Bengkel ini telah disampaikan oleh Puan Norsakinah Binti Wahab yang merupakan perunding produk kecantikan Mary Kay dari cawangan Alor Setar. Beliau telah mendedahkan pelbagai tip kecantikan kepada peserta.

Puan Norsakinah berkata bahawa  menjaga penampilan diri mampu meningkatkan lagi keyakinan di dalam diri seseorang terutamanya wanita agar lebih yakin berada di khalayak ramai.

Tambahnya lagi,  ‘’Kebiasaannya kecantikan seseorang itu dinilai dari luaran. Justeru, penampilan diri sangat penting bagi memberikan tanggapan pertama terhadap seseorang.’’

Beliau telah berkongsi pelbagai tip penjagaan muka agar kelihatan segar dan lembap serta cara pengendalian makeup dengan betul.

Timbalan Pengarah program, Nurhazirah Hizam berharap agar para siswi yang hadir dapat menggunakan ilmu yang telah diberikan sebaiknya dan mampu menambahkan keyakinan dalam diri.

 

 

Search

Student Residential Hall

MISC Student Residential Hall
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
Tel: 04-928 4522/4523/4524
Fax : 04-928 4525
Emel: dppmisc[@]uum[dot]edu[dot]my

Office Hours

Sunday to Wednesday :
8.00am - 5.00pm
 
Thursday :
8.00am - 3.30pm
 
Closed :
Friday - Saturday 

Visitor Counters

Today23
Yesterday24
This week170
This month602
Total2735