News

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

DPP MISC ONLINE: 13 Mei 2016, Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) Dewan Penginapan Pelajar (DPP)  MISC di bawah Biro Kebudayaan dan Keseniaan telah menganjurkan Program Traditional Fun Games dengan usahasama SK Dato Wan Kemara, Changlun

Program Traditional Fun Games yang berlangsung pada 13 Mei 2016 di Gelanggang Futsal DPP MISC ini disertai oleh 100 orang pelajar darjah 5 sekolah tersebut. Mereka diberikan peluang untuk merasai lebih dekat cara permainan tradisional itu dimainkan serta dapat memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan masing-masing.

 Antara permainan tradisional yang dimainkan ialah terompah gergasi, pancing botol, isi air dalam botol, boling kelapa, tarik upih dan galah panjang.

Pengarah projek Siti Nurliyana Binti Adnan berharap program ini dapat memberikan  pendedahan dan nilai tambah kepada pelajar untuk mengekalkan warisan permainan tradisional di Malaysia.

 

 

 

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

DPP MISC ONLINE : 13 Mei 2016, Exco Kerohanian dan Sahsiah, Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) Dewan Penginapan Pelajar (DPP)  MISC telah menganjurkan sebuah program kerohanian dengan usaha sama Exco Latihan dan Akademik dan Exco Kebudayaan dan Kesenian dengan penyertaan dari Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara.

Program Malam An-Nisa yang berlangsung pada 12 hingga 13 Mei 2016 disertai oleh 100 orang pelajar darjah 5 sekolah tersebut. Selain itu, program ini juga dapat memberi kesan yang positif dalam diri pelajar dan membimbing mereka untuk menjadi insan yang berguna.

Program ini turut disertai oleh fasilitator-fasilitator dan qiamulail diimamkan sendiri oleh pelajar DPP MISC, Muhammad Yusop Mat Yassin.

Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara, Cikgu Nik Mohd Jafrizal berterima kasih kepada pihak DPP MISC kerana menganjurkan program ini. Beliau berharap pelajar dapat berubah sikap menjadi lebih baik. Pengarah program, Nurul Hudah Syafrudin turut berharap setiap pelajar mendapat manfaat dan ilmu berguna sepanjang program tersebut berlangsung.

 

 

 

 

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

DPP MISC ONLINE : 13 Mei 2016, Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) Dewan Penginapan Pelajar (DPP)  MISC telah menganjurkan program kepimpinan selama 2 hari 1 malam dengan usaha sama dengan SK Dato Wan Kemara, Changlun. .

Program Companionship Summer Camp 2016 yang berlangsung pada 12 Mei 2016 hingga 13 Mei 2016 ini disertai oleh 100 orang pelajar darjah 5 sekolah tersebut. Mereka diberikan pendedahan tentang cara meningkatkan keyakinan, keberanian serta membentuk semangat kepimpinan dalam diri.

Selain itu, para pelajar juga didedahkan dengan aktiviti berpasukan yang mampu membentuk semangat kerjasama antara ahli pasukan. Aktiviti kerohanian turut diadakan bagi membantu pembentukan jati diri pelajar.

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Dato’ Wan Kemara, Mat Zain Bin Mat Yatim berharap pengalaman yang diperoleh mampu memberi perubahan yang positif kepada diri pelajar.

Pandangan yang sama turut diutarakan oleh Penolong Pengetua DPP MISC, Ruzaidi Saad.

“Ilmu yang anda dapat sepanjang berada di sini mampu mengubah diri anda menjadi lebih baik,” ujar beliau.

Pengarah program, Dayang Ratna Syaherra juga berharap program ini memberi nilai tambah dan idea baru kepada peserta untuk menjadi seorang pelajar yang hebat.

Tamat.

 

 

 

 

Search

Student Residential Hall

MISC Student Residential Hall
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
Tel: 04-928 4522/4523/4524
Fax : 04-928 4525
Emel: dppmisc[@]uum[dot]edu[dot]my

Office Hours

Sunday to Wednesday :
8.00am - 5.00pm
 
Thursday :
8.00am - 3.30pm
 
Closed :
Friday - Saturday 

Visitor Counters

Today23
Yesterday24
This week170
This month602
Total2735