News

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

DPP MISC ONLINE : Pada 2 Jun 2016, Exco Sukan Dewan Penginapan Pelajar (DPP)  MISC telah menganjurkan jamuan penghargaan bagi mahasiswa yang mewakili MISC dalam  SUKUUM.

Jamuan ini diadakan di Warung D’Buluh Madu dan disertai oleh 40 atlet yang terlibat dalam SUKUUM. Jamuan ini untuk menghargai jasa mereka yang menyertai SUKUUM dan  mengeratkan silaturahim. Turut diadakan upacara penyampaian sijil kepada para pemenang.

Pengarah projek, Mohd Syakir Bin Abd Hamid berharap penglibatan mereka dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Turut hadir ke jamuan ini, Pengetua DPP MISC, Azhar Anis Mohammad.

Habis

 

 

 

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

DPP MISC ONLINE : Pada 9 Jun 2016, Exco Integrasi, Komuniti dan Antarabangsa Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) Dewan Penginapan Pelajar (DPP) MISC telah menganjurkan program Jom Sahur Anjuran MISC. Program bermula seawal jam 3 pagi dan tamat pada jam 5 pagi.

Program kemasyarakatan ini disertai oleh 18 orang pelajar DPP MISC yang dipecahkan kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki mengedarkan makanan di kawasan yang berbeza . Matlamat utama program ini adalah untuk menghargai jasa pasukan keselamatan yang berkhidmat 24 jam tanpa mengira waktu.

Aktiviti utama program ini adalah membahagikan 60 bungkus makanan dan minuman kepada anggota keselamatan sekitar Changlun dan Bukit Kayu Hitam. Lokasi yang dikunjungi oleh krew program ialah Unit Keselamatan UUM, Sekolah Changlun, Sekolah Bandar Baru Sintok, Balai Polis Changlun, Balai Polis Bukit Kayu Hitam dan Balai Bomba Bukit Kayu Hitam.

Pengarah program, Ahmad Saiful Farisin bin Shariffuddin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Beliau juga berharap program amal sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Tamat.   

 

             

         

                 

                    

 

 

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

DPP MISC: DPP MISC berjaya merangkulsejumlah 7Anugerah di Majlis berprestij di Anugerah Kerana Jasa (AKJ) 2015 yang berlangsung pada 23/5/2016 (ISNIN) bertempat di Dewan Mu’adzam Shah, UUM.

Tujuh kategori pencalonan yang memenangi AKJ 2015 adalah:

  1. Anugerah Siswi Harapan - Nur Muzammas Binti Jamil
  2. Anugerah Budayawan – Muhammad Fikri Bin Rozalie Mohamed
  3. Anugerah Olahragawati – Norshahirah Binti Shahabuddin
  4. Anugerah Sumbangsih - Muhammad Fariddudin Bin Salleh
  5. Anugerah Sumbangsih - Nurmaizatulakmah Binti Mohd Zani
  6. Anugerah Projek Terbaik Kategori Kerohanian (Program: Sembang Warung Halal (iM4U))
  7. Anugerah Projek Terbaik Kategori Sukan dan Rekreasi (Program: Open Netball UUM bersempena Pesta Konvo)

Sementara itu, Presiden Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS), DPP MISC sesi lepas, Saudara Ilman Nabil Bin Ismail Bakri, berkata kejayaan merangkul tujuh kategori anugerah pada AKJ 2015 adalah satu bukti kesungguhan dan semangat kerja berpasukan yang terbentuk hasil kerjasama erat pengurusan DPP, barisan kepimpinan pelajar JKPS serta penghuni DPP MISC.

Menurut beliau, “Apa yang lagi penting dari kemenangan dan kejayaan ini adalah nilai pengalaman serta persahabatan yang erat yang telah dibentuk dan kejayaan ini akan berbekas di setiap jiwa kami semua.”

Pengetua DPP MISC, En. Azhar Anis Mohammad turut melahirkan rasa syukur di atas kejayaan ini dan berharap barisan Penolong Pengetua, kepimpinan JKPS sedia ada boleh meneruskan lagi tradisi kejayaan ini dengan kecemerlangan yang lebih baik pada AKJ tahun hadapan.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah termasuk semua penghuni DPP MISC yang memberikan kerjasama baik bagi setiap program yang dianjurkan.

Tamat.

 

 

 

Search

Student Residential Hall

MISC Student Residential Hall
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
Tel: 04-928 4522/4523/4524
Fax : 04-928 4525
Emel: dppmisc[@]uum[dot]edu[dot]my

Office Hours

Sunday to Wednesday :
8.00am - 5.00pm
 
Thursday :
8.00am - 3.30pm
 
Closed :
Friday - Saturday 

Visitor Counters

Today23
Yesterday24
This week170
This month602
Total2735