News

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

INASIS MISC ONLINE : 31 Ogos 2016, Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) Inapan Siswa (Inasis) MISC telah menganjurkan sebuah program Jelajah Kampus bersama mahasiswa tahun pertama Inasis MISC.

Program Jelajah Kampus yang berlangsung pada 31 Ogos 2016 disertai oleh 118 pelajar semester pertama Inapan Siswa MISC terdiri daripada 20 pelajar lelaki dan 98 pelajar perempuan. Selain itu, melalui program ini juga dapat memberi kesan yang positif dalam diri pelajar dan membimbing para pelajar untuk menerokai Universiti Utara Malaysia.

Program ini turut disertai oleh barisan ahli jawatankuasa siswa seramai 30 orang dan diketuai sendiri oleh pelajar Inasis MISC, Wan Mohd Ameerul Nazhif Wan Zulfikri.

Penghulu Minggu Suaikenal Inasis MISC, Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim menyimpan harapan agar setiap mahasiswa tahun satu Inasis MISC mendapat manfaat, mengenali dan mengetahui selok-belok UUM.

Tamat.

 

 

 

 

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

DPP MISC ONLINE : Pada 2 Jun 2016, Exco Kerohanian dan Sahsiah, Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) Dewan Penginapan Pelajar (DPP) MISC telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin, solat hajat dan sambutan bulan Ramadan.

Majlis ini disertai oleh 100 orang pelajar DPP MISC. Antara aktiviti program ialah solat hajat secara berjemaah, membaca Yasin dan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Nursalam.

“Saya berharap peserta yang hadir dapat menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan ini dengan lebih baik daripada tahun lepas. Semoga pelajar dapat menjawab peperiksaan dengan tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang,” ujar penolong pengetua DPP MISC, Ruzaidi Bin Saad.

Pengarah program, Anisa Hasanah Ahmad berharap ilmu yang diperolehi mampu memberi nilai tambah kepada semua.

Tamat.

 

 

 

 

 

 

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

DPP MISC ONLINE : Pada 7 Jun 2016, Exco Integrasi, Komuniti dan Antarabangsa Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) Dewan Penginapan Pelajar (DPP) MISC telah menganjurkan Iftar Ramadhan 1437 Hijrah.

Majlis ini disertai oleh 80 orang pelajar dari DPP MISC. Matlamat utama program ini adalah mengeratkan hubungan silaturahim antara warga DPP MISC dengan berbuka bersama. Selain berbuka puasa, para hadirin juga melaksanakan solat fardhu Maghrib secara berjemaah. Solat jemaah diimamkan oleh Mohd Syakir bin Abd Hamid.

Pengarah program, Ahmad Saiful Farisin bin Shariffuddin  mengucapkan jutaan terima kasih kepada peserta dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Beliau juga berharap program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Tamat.

 

 

 

Search

Student Residential Hall

MISC Student Residential Hall
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
Tel: 04-928 4522/4523/4524
Fax : 04-928 4525
Emel: dppmisc[@]uum[dot]edu[dot]my

Office Hours

Sunday to Wednesday :
8.00am - 5.00pm
 
Thursday :
8.00am - 3.30pm
 
Closed :
Friday - Saturday 

Visitor Counters

Today23
Yesterday24
This week170
This month602
Total2735