News

MAJLIS BACAAN YASSIN, SOLAT HAJAT DAN SAMBUTAN BULAN RAMADHAN 2017

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

INAPAN MISC ONLINE – Pada 19 Mei 2017, EXCO Kerohanian Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Mahasiswa (JKPS) Inapan Siswa (INASIS) MISC telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin, Solat Hajat dan Sambutan Bulan Ramadhan (Rewang Misc) bertempat di Dewan Terbuka Inasis MISC pada jam 7.30 malam hingga 9.30 malam.

Program dimulakan dengan solat Maghrib yang diimamkan oleh Muhammad Faisal, 20 tahun dan dikuti dengan bacaan Yassin dan Tahlil. Selain itu, turut diadakan solat Hajat yang diimamkan oleh Muhammad Shahir, 20 tahun. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan tazkirah oleh Muhammad Harits, 20 tahun dan dikuti dengan solat Isyak yang diimamkan oleh Muhd Zuhdi, 20 tahun.

Matlamat utama program ini diadakan adalah bagi mengeratkan hubungan silaturahim diantara mahasiswa di samping memberi sedikit kesedaran rohani tentang kelebihan bulan Ramadhan kepada semua penghuni Inasis MISC. Majlis ini diakhiri dengan jamuan makan.. Juadah disediakan oleh penghuni INASIS MISC secara gotong-royong.

Turut hadir pengetua Inasis MISC, Azhar Anis Mohammad.

 


 

 

Search

Student Residential Hall

MISC Student Residential Hall
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
Tel: 04-928 4522/4523/4524
Fax : 04-928 4525
Emel: dppmisc[@]uum[dot]edu[dot]my

Office Hours

Sunday to Wednesday :
8.00am - 5.00pm
 
Thursday :
8.00am - 3.30pm
 
Closed :
Friday - Saturday 

Visitor Counters

Today23
Yesterday24
This week170
This month602
Total2735