News

JOM SAHUR 2.0 ORGANIZE BY MISC

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

DPP MISC ONLINE : Pada 2 Jun 2017, Exco Integrasi, Komuniti dan Antarabangsa Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) Inapan Siswa (INASIS) MISC telah menganjurkan program “Jom Sahur INASIS MISC”. Program yang dilaksanakan untuk kali yang kedua ini bermula seawal jam 3 pagi dan tamat pada jam 5 pagi.

Matlamat utama program ini adalah untuk mendekati komuniti sekitar kampus UUM. Program kemasyarakatan ini disertai oleh 20 orang pelajar INASIS MISC yang dipecahkan kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki mengedarkan makanan di kawasan yang berbeza .

Aktiviti utama program ini adalah membahagikan 100 bungkus makanan dan minuman kepada komuniti sekitar Changlun dan Bukit Kayu Hitam. Lokasi yang dikunjungi oleh krew program ialah Unit Keselamatan UUM, Stesen Bas Changlun, Balai Polis Changlun, Balai Polis Bukit Kayu Hitam dan Balai Bomba Bukit Kayu Hitam.

Pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam, Jamal Bin Din menyatakan bahawa UUM dan masyarakat sangat dekat. Program yang dijalankan oleh mahasiswa UUM banyak melibatkan komuniti sekitar universiti.

“Pihak kami juga selalu dijemput untuk memberi taklimat keselamatan di inasis-inasis. Program sebegini dapat mengeratkan hubungan antara mahasiswa dan masyarakat”, katanya lagi.

Pengarah program, Mior Muhammad Zuhdi bin Mior Zainal Azmi mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Beliau juga berharap program amal sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Tamat.             

 

 

 

                                                     

Search

Student Residential Hall

MISC Student Residential Hall
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
Tel: 04-928 4522/4523/4524
Fax : 04-928 4525
Emel: dppmisc[@]uum[dot]edu[dot]my

Office Hours

Sunday to Wednesday :
8.00am - 5.00pm
 
Thursday :
8.00am - 3.30pm
 
Closed :
Friday - Saturday 

Visitor Counters

Today7
Yesterday23
This week7
This month547
Total1873