News

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

DPP MISC ONLINE : Pada 2 Jun 2017, Exco Integrasi, Komuniti dan Antarabangsa Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) Inapan Siswa (INASIS) MISC telah menganjurkan program “Jom Sahur INASIS MISC”. Program yang dilaksanakan untuk kali yang kedua ini bermula seawal jam 3 pagi dan tamat pada jam 5 pagi.

Matlamat utama program ini adalah untuk mendekati komuniti sekitar kampus UUM. Program kemasyarakatan ini disertai oleh 20 orang pelajar INASIS MISC yang dipecahkan kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki mengedarkan makanan di kawasan yang berbeza .

Aktiviti utama program ini adalah membahagikan 100 bungkus makanan dan minuman kepada komuniti sekitar Changlun dan Bukit Kayu Hitam. Lokasi yang dikunjungi oleh krew program ialah Unit Keselamatan UUM, Stesen Bas Changlun, Balai Polis Changlun, Balai Polis Bukit Kayu Hitam dan Balai Bomba Bukit Kayu Hitam.

Pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam, Jamal Bin Din menyatakan bahawa UUM dan masyarakat sangat dekat. Program yang dijalankan oleh mahasiswa UUM banyak melibatkan komuniti sekitar universiti.

“Pihak kami juga selalu dijemput untuk memberi taklimat keselamatan di inasis-inasis. Program sebegini dapat mengeratkan hubungan antara mahasiswa dan masyarakat”, katanya lagi.

Pengarah program, Mior Muhammad Zuhdi bin Mior Zainal Azmi mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Beliau juga berharap program amal sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Tamat.             

 

 

 

                                                     

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

INAPAN MISC ONLINE – Pada 1 Jun 2017, EXCO Kerohanian Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) Inapan Siswa (INASIS) MISC telah mengadakan Iftar Ramadhan yang bertempat di Dewan Terbuka Inasis MISC pada jam 7.00 malam hingga 8.00 malam.

Program dimulakan dengan Azan Maghrib oleh Muhammad Zuhdi, 20 tahun. Majlis kemudian diteruskan lagi dengan  Solat Maghrib yang diimamkan oleh Muhammad Iham, 20 tahun. Setelah selesai solat Maghrib berjemaah, para tetamu menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan.

Program ini disertai oleh 90 orang pelajar Inasis MISC. Matlamat utama program ini diadakan bertujuan bagi mengeratkan hubungan silaturahim diantara mahasiswa di samping memberi sedikit kesedaran rohani tentang kelebihan bulan Ramadhan kepada semua penghuni Inasis MISC.

Turut hadir pegetua Inasis MISC, Azhar Anis Mohammad

Tamat.

 

 

 

 

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

DPP MISC ONLINE : Pada 23 Mei 2017, Exco Sukan dan Rekreasi Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) Inapan Siswa (INASIS) MISC telah menganjurkan satu jamuan penghargaan bagi mahasiswa yang mewakili MISC di dalam  SUKUUM.

Jamuan ini diadakan di Dewan Terbuka MISC dan disertai oleh 100 atlet yang terlibat dalam SUKUUM. Jamuan ini bukan sahaja untuk menghargai jasa mereka dalam pertandingan SUKUUM tetapi juga bagi mengeratkan hubungan antara penghuni INASIS MISC. Turut diadakan upacara penyampaian sijil bagi para pemenang.

INASIS MISC berjaya merangkul 4 pingat emas dan 3 pingat perak. Pingat emas dan perak tersebut masing-masing diperolehi dari sukan ping-pong, bola keranjang, merentas kampus dan badminton.  

Turut hadir ke jamuan ini, Pengetua INASIS MISC, Azhar Anis Mohammad.

 

 

Page 1 of 11

Search

Student Residential Hall

MISC Student Residential Hall
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
Tel: 04-928 4522/4523/4524
Fax : 04-928 4525
Emel: dppmisc[@]uum[dot]edu[dot]my

Office Hours

Sunday to Wednesday :
8.00am - 5.00pm
 
Thursday :
8.00am - 3.30pm
 
Closed :
Friday - Saturday 

Visitor Counters

Today23
Yesterday24
This week170
This month602
Total2735